|
Thursday, January 20, 2005
Helo....
Salam Aidiladha kepada semua, rasa macam baru saja meraikan sambutan Aidilfitri, tiba pulak sekarang Aidiladha ni. masa berlalu begitu cepat ye...
baiklah..cerita tentang kisah hidup hamba yang tak seberapa ni hehe..hmm tak ada apa-apa cerita tergempar, semuanya biasa sahaja. Dah masuk seminggu lebih berturut-turut keluar dengan Dear, teman gi makan lah, gi belajar driving lah, dan lain-lain lagi..hehe terima kasih ye...terutama sekali 'suprise' tu..terharu..sungguh.. :D
dan....meluangkan masa cuti you untuk i... muackz
hmmm belajar driving tu ok lah..Btt akan datang 26 ni..takut pulak fail kan..maklum lah hamba ni satu cuai..buat salah yang remeh temeh hehe...tapi tak apa cuba dulu...
kadang-kadang pikir macam takut pula nak memandu ni...tak berani sangat...dah lah hamba ni kecik, lebih baik nanti beli kereta kecik eh? kalau tidak orang tak nampak siapa yang memandu kereta hehe...hmmm saya pilih auto...bukan manual..kenapa? jangan tanya..saja aja tak suka manual lah...tapi tak apa lah..apa-apa orang cakap..penting diri hepiiii...
tadi di sekolah pon ok saja...kita ada sesi perbualan dengan cikgu seperti biasa. ada beberapa aspek perbualan tu yang membuat saya terfikir, tentang tiba masanya kami semua menjadi seorang guru. boleh ke saya jalankan tugas saya nanti? gementar tak? macam mana eh nanti nak hadapi budak-budak yang harapkan sesuatu dari awak..? takut juga lah...kalau-kalau tak dapat nak jalankan tugas sebagai seorang guru dengan sempurna. fikirkan tanggungjawab yang dipikul tu berat...kalau kita tak jalankan tanggungjawab kita dan memberi pelajar-pelajar itu ilmu yang secukupnya kerana itu hak mereka...dah kira berdosa tu..hmm insya Allah lah..saya tidak lalai dan dapat menjalankan tugas dengan baik. dapat berkongsi ilmu dan sedikit sebanyak mepelajari dari mereka juga. yang penting saya tidak lokek ilmu dan sentiasa meningkatkan ilmu yang ada supaya sealiran dengan yang terkini.Insya Allah
baiklah..saya rasa sampai disini sahaja buat kali ini..
Selamat Hari Raya Semua!
Sehingga berjumpa di lain rancangan..
Selamat Malam..hehe
Muackz!
IsHQ Hearts you :: 9:32 PM ::
music box.
|
Girl.In.Love
Anis. 22
13 June 1985.
Married.
An Educator.


Your.Say
links
*[Dear]
*Aikha
*Elin
*Frenz Alwayz
*Hyper Hikari
*Kak Zura
*Lulu
*Menot
*Sis Widz
*Sour
*Syakir
[Gallery] My Multiply
[Credits] blogger / ripway
[Layout D-Zine] i-am-menot
archives.
[05.04] [06.04] [07.04] [08.04] [09.04] [10.04] [11.04] [12.04] [01.05] [02.05] [03.05] [04.05] [06.05] [07.05] [08.05] [09.05] [11.05] [12.05] [01.06] [02.06] [05.06] [06.06] [08.06] [09.06] [10.06] [11.06] [12.06] [01.07] [02.07] [03.07] [04.07] [05.07] [06.07] [07.07] [08.07] [10.07] [12.07]
|